Selasa, 3 November 2009

seindah gubahan pertama

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak
suka..
Saya nak ‘join’, kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kata saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka
buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak
bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya ‘mat
capub’(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang
‘couple’..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam
boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
“Adakah aku perlu BERCINTA?”
Dengan menggunakan akal seorang pelajar
tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk
ber’couple’. .
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang
paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat
bersemangat
Apa orang kata..’ALL OUT’lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu
call saya..
‘gayut’ malam-malam. .kadang-kadang saya
pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan
masa ber’couple’ tu..
Tidak terasa pun kehilangannya. .
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau ‘birthday’ kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya
semacam,
kata saya macam-macam. .
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah. .
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak
buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah
manusia..menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan ?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan
diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak
tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu
untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan
saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak
brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple ‘jiwang-jiwang’ je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara’..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk
sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal
sampai ke gerbang perkahwinan. .
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu
wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang
tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabk an oleh
Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada
kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang
buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh
sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan. .huhu~~
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..
“COUPLE HARAM”
Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk
‘membenarkan’ pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang. .
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak. .
Siap bagi tazkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu…
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study
dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran
seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
“Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?”
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan
kawan..
“Alah kau tu..cakap je berapi.. gaya
alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon..”
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber’couple’ ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap
ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak
dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti
satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman
saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan
lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal
waktu..
Dalam fikiran saya..
“Ni kira dakwah juga..saling
ingat-mengingati. .”
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi
ta’aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk
aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program
sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk
bertanya dengan fasilitator yang ada di
situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk
tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya teragak-agak. .
“Kalaulah betul couple tu salah..habis
tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je
la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?”
Lalu saya menghampiri ‘Brother’
fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek
terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
“Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?”
“Em,boleh..duduklah .Anta nak tanya apa?”
“Er..macam ni,sebelum saya terlibat
dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla
setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan
rapat biasa,tapi rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple.
Nanti apa pula brother tu kate..mesti
dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu
saya tanya..
“Sebenarnya, couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, memang fitrah manusia, lelaki
akan tertarik kepada perempuan, begitu
juga perempuan akan tertarik kepada
lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu
perlu dikawal dan ada batasnya.
Pergaulan perlu dijaga. Allah firman
dalam surah Al-Isra’, surah ke 17, dalam
ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang
buruk.”
“Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami
ni menghampiri zina. Niat kami baik.
Saya dah cuba sedaya upaya mengawal
perhubungan kami. Sms pun takdelah
jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah
lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni
saya, esok dia.”
Saya tak mahu mengalah.
“Memang betul niat nta baik. Tapi ingat,
niat tak pernah menghalalkan cara. Yang
batil tetap sahaja batil, yang haq tetap
haq. Cuba tengok ayat ni.”
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia,
dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang
berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut, Surah 29, ayat 38)
“Akhi, kalau nta paham ayat ni,
sebenarnya apa yang berlaku pada nta
ialah, setan telah buat nta pandang
indah benda buruk yang nta lakukan.
Walaupun nta berpandangan tajam,
maksudnya nta berilmu tinggi. Memang
pada mulanya niat nta baik, tapi ingat,
syaitan itu sangat licik. Dia akan
sedaya upaya buat nta terjerumus ke
dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah
sepanjang masa nta sms dengan dia, nta
ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya
melayan perasaan dengan dia, kan ?”
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
“Tapi bang, saya dah janji dengan dia
taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau
berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia
pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri.
Takkanlah ia boleh membawa kepada zina
juga bang?”
“Em, betul, nta dah janji taknak jumpa
dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata,
zina tangan, zinakaki.
kalau nta janji taknak call die
pula, nta dapat elak zina telinga dan
zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina
yang tetap nta tak dapat elak apabila
bercouple..”
“Zina hati?” Saya menduga.
“Betul, zina hati. Semua inilah yang
Rasulullah jelaskan dalam hadithnya
tentang bagaimana menghampiri zina tu.
Nta boleh ‘check’ dalam Riyadahus
Solihin, bawah bab larangan melihat
wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh
berzina dgn melihat, lidah boleh berzina
dengan bercakap, tangan boleh berzina
dengan berpegangan. Kaki boleh berzina
dengan berjalan ke arah tempat maksiat.
Hati pula boleh berzina dgn merindui,
mengingati dan membayangi si dia.
Hakikatnya, macam mana pun nta buat, nta
tetap tak dapat lari daripada zina hati.”
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak
dikata. Semua yang brother tu kata tiada
yang salahnya. Kemudian dia sambung..
“Ana dulu pun couple gak. Lagi lama
daripada nta. Sejak sekolah sampai dah
masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana
sedar apa yang ana buat ni salah, ana
trus tinggalkan. Ana siap dah fikir,
dialah bakal isteri ana, yang akan jadi
ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak
diikutkan lagi besar masalah ana
daripada nta.”
“Saya risau la bang. Nanti apa
kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu
minta tolong mereka untuk rapat dengan
dia. Mesti nanti mereka semua tak puas
hati dengan saya. Dan dia sendiri pula,
saya takut apa-apa akan jadi pada dia
kalau dia tak dapat terima keputusan ni.
Sebab kami dah rapat sgt.”
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul.
Menangis depan brother tu cerita pasal
benda ni. Nasib baik tak ada org lain
masa tu. Brother tu jwb..
“Kalau kawan-kawan dia tak puas hati
pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk
pun, mereka akan mengata di belakang
nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun,
dalam berdakwah ni, kita nak cari redha
Allah, biarlah orang nak kata apa-apa
sekali pun, yang penting redha Allah.
Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak
bermakna lagi.”
Saya trdiam lagi.
“Pasal die pula, cube nta fikir dari
sudut positif, mungkin dia akan terima
keputusan nta scara matang. Mungkin dia
juga akan buat keputusan untuk tidak
lagi bercouple. Ana yakin, die takkan
buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die
buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab
nta, apa yang nta nak buat tu betul,
meninggalkan maksiat. Semua orang akan
tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.”
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu
saya menangis, saya dah sdar yang saya
kena berhenti couple. Dah jelas
sekarang, couple tu haram.
“Jadi apa saya nak buat bang?”
“Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.
Ana terangkan pada dia hubungan yang
dibina itu salah. Minta maaf, kita
berakhir di sini. Tolong jangan cari
saya lagi. Lepas itu ana terus tukar
nombor. Ana tak hubungi dia langsung
lepas tu.”
“Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia
lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan
perempuan lain, boleh pula saya hubungi
mereka?”
“Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada
’sejarah’ dengan dia. Tapi, kalau nanti
ditaqdirkan nta satu universiti dengan
dia, satu kuliah, lepas tu kena pula
buat group discussion, masa tu nta hanya
layan dia hanya sebagai group discussion
partner.”
Tiba-tiba saya terfikir..
“Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak
ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?”
Saya cakap..
“Saya rasa saya belum ade kekuatan la
bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya
ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?”
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
“Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak
boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina.
Allah tidak akan mengubah keadaan
sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah
keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk
surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat 11.
Lagipun, nta nak tunggu sampai bila baru
nak tinggalkan couple ni..abang-abang
fasilitator ni pun ramai yang pernah
couple, bila masuk dakwah, mereka
tinggalkan.”
Alamak…tak boleh lari lagilah
nampaknye..saya rasa macam brother ni
paksa saya clash masa tu juga.
“Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya
saya kena tiggalkanla benda ni gak ye.
Macam tak larat rasanya nak tekan button
handphone ni. Rasa tak sanggup.”
“Kalau tak sanggup mari ana tolong
tekankan.”
“Eh, tak apalah bang. Biar saya taip
sendiri.”
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi
saya gagahkn juga diri..
“Semuanya dah jelas..buat apa aku
tangguh-tangguh lagi. Takut nanti
hidayah ni Allah tarik, susah pula nak
tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya
dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,
inilah masanya..”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
“Assalamualaikum. .Sebenarnya selama ini
hubungan kita salah di sisi Islam. Saya
ingat dengan mengubah cara pergaulan
kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya
ia tetap berdosa. Saya harap awak akan
istiqamah meneruskan perubahan yang awak
dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf
atas segala yang dah berlaku. Kalau ada
jodoh insya-Allah, akan bertemu juga.
Assalamualaikum. .”
Berat betul nak hantar sms tu kat awk.
Saya masih tak mampu nak ucap selamat
tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya
akhirkan dengan ucapan salam. Lepas
beberapa ketika..saya tekan juga button
[send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup
saya dah hilang. Macam tak percaya..saya
dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
“Terima kasih bang..”
“Takpe, dah tanggungjawab. .”
Malam tu saya saya tidur dengan linangan
air mata..tak sangka..mmg tak
disangka..Saya memang tak pernah
terfikir untuk clash, tapi itulah yang
terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat
Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan
diri dengan kerja-kerja lain. Dalam
usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi
saya terus cuba . Saya selalu bagi
tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta’lim di msjid, terangkan
pada orang, couple haram, tunjuk segala
dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada
kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak
kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms
daripada awak..awak bagi gambar
bunga..bawah tu ada ayat..
“Seindah gubahan pertama..”
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan
saya. Saya pun fikir..”Kena tegaskan
rasanya”. Lepas tu saya hantarlah sms
ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
“Tiada yang lebih indah daripada
mendapat keredahaan ilahi..seindah
manapun gubahan pertama tu, selagi tak
mendapat keredahaanNya, tetap tiada
gunanya..
Assalamualaikum. .saya tahu, dulu saya
cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan
bertemu juga. Tapi saya taknak awak
tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang
menentukan.. Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- “
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang
terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya…..
khas bt pncari cinta…

Erti Pernikahan

Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adalah merupakan fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)


Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan.

Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai. Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;

Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Segala batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dari segi pandangan, sentuhan, mahupun pendengaran, diangkat melalui pernikahan. Namun, erti pernikahan yang sebenar tidaklah sekecil itu.

Pada hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dalam melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibubapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:

“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)


Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga.

Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab. Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat?

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan.

Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:

“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!


Sahabat dari Ghifar

Abu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesholehannya.

Ali RA berkata mengenai Abu Dzar RA: "Abu Dzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh dari orang lain."

Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, Abu Dzar telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit.

Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahwa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.

Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan.

Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi SAW.

Ketika menjelang malam, dia dilihat oleh Ali RA. Oleh karena ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tamu. Ali tidak bertanya apapun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.


Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi karena pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin.

Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya. Pada malam itu Ali bertanya: "Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?" Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar.

Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Ketika berjalan esok, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan sepatuku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita."

Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak tanya jawab, dia telah memeluk agama Islam. Karena takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkan supaya cepat-cepat balik dan jangan mengabarkan keislamannya di khalayak ramai.

Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: "Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahwa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah."

Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak kerana Abbas, paman Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.

Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah turunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam."

Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas. Kegairahan Abu Dzar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya.

Apakah dia sanggup dituduh telah mengingkari perintah Nabi? Jawapannya tidak. Dia tahu bahwa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak menunjukkan Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia melibatkan dirinya dalam bahaya.

Semangat keislamannya yang beginilah yang telah menjadikan para sahabat mencapai puncak keimanan dalam alam lahiriyah serta batiniyah. Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.

Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya mampu melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

SeiNdaH MawaR BerDuRi…

“Khazinatul asrar , kau pencuri!”

Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.

“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.

Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing– masing sibuk dengan kerja sendiri.

“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.

Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam

itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.

“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.

“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.

“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”

Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.

Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.

“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…

“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.

Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba– tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?

Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.

Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia

selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.

“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.

“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.

“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.

“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.

“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.

“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.

“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu- Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.

“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.

“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.

“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!

“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersamasaya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.

“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.

“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata- kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….

“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.

Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini.
Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan
Al-Banna:

“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”